Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif.


Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif Isnin (13.11.2017) Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa.

Selasa (14.11.2017) Download aplikasi buat kad j…

Produk Untuk Naikkan HB Ibu Hamil

Hilangkan Mual Dan Loya Ibu Hamil Dengan Peppermint Gingerplus

Hamil tanpa alahan, loya, mual, muntah mudah letih, lemau memang diimpikan oleh semua bakal-bakal ibu. Nak nak lagi ibu ibu bekerja. Bukan boleh nak manja-manja sentiasa. Bila di tempat kerja perlu beri komitmen dan ketepikan rasa letih. Bakal ibu di rumah pun sama juga cabarannya. Bermain dengan kerja rumah, memasak, melayan anak-anak. Kalau diikut rasa hati memang tak jadi kerja la jawabnya. Pinggan tak bercuci, baju menimbun, anak-anak tak tentu dapat makan.

Di awal kehamilan buat diri saya memang  mengujakan. Ya lah tak pernah rasa kan macam mana ya rasanya hamil. Saya jenis orang yang perlu travel. Ke tempat kerja pun ambil masa 1 jam. Memang saya berdoa kalau boleh elakkan muntah-muntah. Letih kan perasaan lepas muntah. Syukur memang tak muntah cuma rasa loya yang sampai pening terus nak baring ja berdiam diri. Dari minggu ke 9 hingga 12 itu lah yang saya rasa.

Ada yang suka amalkan asam boi, jeruk dan makanan masam masam nak hilangkan rasa mual. Sebolehnya kita nak elakkan dari…

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang

Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti.

Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang. Masa…