Skip to main content

Produk Untuk Naikkan HB Ibu Hamil



Bagi wanita hamil, ada yang buat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, ada juga yang buat pemeriksaan di klinik swasta. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Saya berklinik di klinik desa. Sebuah klinik kecil yang kekurangan dari segi fasilitinya.

Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala tu ada empat rutin biasa yang perlu dibuat oleh ibu hamil. Pertama serahkan sampel air kencing pada jururawat nak check kandungan gula. Kedua ambil darah di hujung jari untuk check HB. Ketiga periksa tekanan darah. Keempat timbang berat. Bab air kencing dengan berat tu saya tak ada masalah. Normal ja semua. Yang tak normalnya bacaan HB. Bermula buka buku kehamilan bacaan HB cantik ja. Lepas usia kandungan 12 minggu bermula lah situasi sekejap HB normal sekejap tak normal. Situasi macam ni akan mendatangkan perasaan bimbang ibu-ibu tambahan ibu hamil anak pertama macam saya.

Bahayakah bacaan HB Rendah Semasa Hamil?

Kandungan Kurang dari 5 Bulan

Pada masa ni bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ seperti kepala,tangan, kaki, jantung, otak dan anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g/del, jika jantung bayi tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan mudah gugur. Jika bayi dapat dibentuk tetapi darah terlalu cair bayi mungkin hidup, tetapi kebarangkalian untuk cacat adalah tinggi. Darah yang cair juga akan melambatkan proses pembentukan otak bayi.

Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan

Organ bayi telah terbina dengan sempurna pada masa ini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan dalam darah. Jika bacaan HB kurang dari 9g/del, jantung bayi tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika bayi mampu bertahan, bayi mungkin akan dilahirkan dengan kurang berat badan.

Tips Naikkan HB Ibu Hamil

1. Jangan makan pil zat besi (yang ada nama iron formula) dengan produk tenusu dan
     kalsium.

2. Makan pil zat besi dengan jus oren.

3. Jangan makan pil zat besi semasa perut kosong.


Produk Naikkan HB Dari Shaklee

1. B Complex Acid Folic

Ada 120 tablet berharga RM58.75


2. Sustained Release Vita-C Plus


Ada 180 tablet berharga RM103.35

3. Vitalea Iron Formula


Ada 120 biji berharga rm99.38

 
Ini lah tiga supplement yang saya sendiri amalkan sepanjang kehamilan. Selain itu sentiasa jaga pemakanan, jangan skip waktu makan ketika hamil. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Di samping itu, jika terasa sangat penat dan letih, tinggalkan dulu kerja atau tugasan yang dibuat dan rehat 10-15 minit supaya badan kembali segar. Perubahan fisiologi dan stamina ibu hamil adalah berbeza dari semasa tidak hamil. Jika anda seorang yang aktif hatta lasak sekali pun tetap ada juga simptom-simptom ke arah masalah HB.

Untuk  sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 4192767.




   
 


Comments

Popular posts from this blog

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang

Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti. Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif. Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif Isnin (13.11.2017) Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa. Selasa (14.11.2017) Download aplik

Hilangkan Mual Dan Loya Ibu Hamil Dengan Peppermint Gingerplus

Hamil tanpa alahan, loya, mual, muntah mudah letih, lemau memang diimpikan oleh semua bakal-bakal ibu. Nak nak lagi ibu ibu bekerja. Bukan boleh nak manja-manja sentiasa. Bila di tempat kerja perlu beri komitmen dan ketepikan rasa letih. Bakal ibu di rumah pun sama juga cabarannya. Bermain dengan kerja rumah, memasak, melayan anak-anak. Kalau diikut rasa hati memang tak jadi kerja la jawabnya. Pinggan tak bercuci, baju menimbun, anak-anak tak tentu dapat makan. Di awal kehamilan buat diri saya memang  mengujakan. Ya lah tak pernah rasa kan macam mana ya rasanya hamil. Saya jenis orang yang perlu travel. Ke tempat kerja pun ambil masa 1 jam. Memang saya berdoa kalau boleh elakkan muntah-muntah. Letih kan perasaan lepas muntah. Syukur memang tak muntah cuma rasa loya yang sampai pening terus nak baring ja berdiam diri. Dari minggu ke 9 hingga 12 itu lah yang saya rasa. Ada yang suka amalkan asam boi, jeruk dan makanan masam masam nak hilangkan rasa mual. Sebolehnya kita nak elakkan d