Skip to main content

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif.


Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif

Isnin (13.11.2017)

Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa.

Selasa (14.11.2017)

Download aplikasi buat kad jemputan. Semangat gitu. Dah siap kad jemputan selesai satu kerja.

Rabu (15.11.2017)
Tempah kek confirmkan design perisa kek tulisan atas kek. Tulis menu jamuan. Bihun goreng, laksa, kuih karipap, apam milo, goreng nugget dan sosej, air teh dan sirap, air mineral. Pinggan, mangkuk, sudu, cawan pinjam dengan dapur prasekolah. Tu la kelebihan guru prasekolah. Mudah nak buat jamuan. Itu pun kalau rumah dekat dengan sekolah lah.

Khamis (16.11.2017)

Edarkan kad jemputan. Hantar di aplikasi whatsapp sahaja. Dunia di hujung jari kan sekarang. Tak perlu bazir print guna kertas. Jemputan 20 orang sahaja jiran-jiran sebelah rumah, kawan-kawan rapat.

Jumaat (17.11.2017)

Beli barang-barang untuk main masak-masak. Dari pukul 11 pagi sampai 4 petang memborong barang-barang untuk party hari lahir Aqif . Ke kedai DIY beli belon, printed goodie bag comel, hiasan dinding happy birthday. Lepas tu ke kedai beli barang-barang kering untuk goreng bihun. Yang jadi lama sebab perjalanan dari Pitas ke Kota Marudu dah ambil masa 2 jam pergi dan balik. Suka beli barang di Kota Marudu sebab lebih banyak pilihan. Selesai membeli belah singgah solat terus balik ke Pitas. Barang-barang basah ayam sayur rencah untuk bihun beli di Tamu Pagi Pitas hari Sabtu.

Jamuan diadakan hari Sabtu 18.11.2017.

Anggaran Perbelanjaan Majlis

Kek RM55
Kuih karipap RM10
Kuih apam milo RM10
Nugget RM12
Sosej RM5
Goodie bag RM10
Makanan goodie bag RM5 x 20 beg = RM 100
Hiasan dinding RM5
Belon RM20
Bihun RM20
Ayam RM10
Sayur RM5
Lain-lain RM50

Bajet majlis anggaran RM400

Selesailah jamuan ringkas yang mama idam-idamkan untuk Aqif. Selamat Hari Lahir yang ke 2 anak kesayangan mama.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang

Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti. Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang

Produk Untuk Naikkan HB Ibu Hamil

Bagi wanita hamil, ada yang buat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, ada juga yang buat pemeriksaan di klinik swasta. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Saya berklinik di klinik desa. Sebuah klinik kecil yang kekurangan dari segi fasilitinya. Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala tu ada empat rutin biasa yang perlu dibuat oleh ibu hamil. Pertama serahkan sampel air kencing pada jururawat nak check kandungan gula. Kedua ambil darah di hujung jari untuk check HB. Ketiga periksa tekanan darah. Keempat timbang berat. Bab air kencing dengan berat tu saya tak ada masalah. Normal ja semua. Yang tak normalnya bacaan HB. Bermula buka buku kehamilan bacaan HB cantik ja. Lepas usia kandungan 12 minggu bermula lah situasi sekejap HB normal sekejap tak normal. Situasi macam ni akan mendatangkan perasaan bimbang ibu-ibu tambahan ibu hamil anak pertama macam saya. Bahayakah bacaan HB Rendah Semasa Hamil? Kandungan Kurang dari 5 Bulan Pada