Skip to main content

Hilangkan Mual Dan Loya Ibu Hamil Dengan Peppermint Gingerplus

Hamil tanpa alahan, loya, mual, muntah mudah letih, lemau memang diimpikan oleh semua bakal-bakal ibu. Nak nak lagi ibu ibu bekerja. Bukan boleh nak manja-manja sentiasa. Bila di tempat kerja perlu beri komitmen dan ketepikan rasa letih. Bakal ibu di rumah pun sama juga cabarannya. Bermain dengan kerja rumah, memasak, melayan anak-anak. Kalau diikut rasa hati memang tak jadi kerja la jawabnya. Pinggan tak bercuci, baju menimbun, anak-anak tak tentu dapat makan.

Di awal kehamilan buat diri saya memang  mengujakan. Ya lah tak pernah rasa kan macam mana ya rasanya hamil. Saya jenis orang yang perlu travel. Ke tempat kerja pun ambil masa 1 jam. Memang saya berdoa kalau boleh elakkan muntah-muntah. Letih kan perasaan lepas muntah. Syukur memang tak muntah cuma rasa loya yang sampai pening terus nak baring ja berdiam diri. Dari minggu ke 9 hingga 12 itu lah yang saya rasa.

Ada yang suka amalkan asam boi, jeruk dan makanan masam masam nak hilangkan rasa mual. Sebolehnya kita nak elakkan dari makan makanan yang ada banyak bahan pengawet.

Jadi, bermula lah proses tanya orang, berkongsi pengalaman, tanya petua-petua dan baca perkongsian di alam maya. Google punya google dan terjumpa peppermint ginger plus. Pengalaman hilangkan rasa loya yang sangat best.

Kenapa Mual, Loya, Muntah Bila Hamil?

Belum ada jawapan spesifik kenapa ibu hamil mudah loya muntah. Namun ada beberapa pendapat yang sangat berkait rapat dengan kehamilan.

#1 Level hormon progesteron meningkat
Hormon progesteron yang hadir memberi tindakbalas memperlahankan tindakan tisu-tisu otot tubuh badan termasuk organ penghadaman. Jadi bila hormon proegesteron meningkat, makanan lambat dihadamkan tambah-tambah waktu makan makanan berat contohnya semasa sarapan, makan tengahari dan makan malam.

#2 Kehadiran Hormon Hcg (Human Chorionic Gonadotropin)
Kehadiran hormon Hcg dalam darah yang keluar dari uri dalam rahim akan menimbulkan rasa loya-loya, mual-mual, pening dan seterusnya muntah.

Peppermint Gingerplus dapat membantu menghilangkan rasa loya, mual dan nak muntah pada wanita hamil. Saya sendiri pun mengamkan peppermint gingerplus sepanjang tempoh kehamilan.

Sumber: https://www.pregnancycorner.com/pregnant/bloating.html

Peppermint Gingerplus

Sumber Semulajadi Dalam Peppermint Gingerplus Bantu Ibu Hamil Tak Loya

1. Ekstrak Daun Pudina
2. Ekstrak Halia
3. Ekstrak Pokok Adas (fannel)
4. Ekstrak Cekur Manis

Kandungan ekstrak yang ada dalam sebiji pil ni semua semulajadi dan selamat diamalkan oleh ibu hamil.

Selain daripada ibu hamil, orang yang masalah badan berangin pun boleh amalkan peppermint gingerplus ni.



Harga sebotol Peppermint Gingerplus ni RM50.35. Ada 90 biji tablet dan boleh diambil apabila diperlukan.

Boleh hubungi saya di 0134192767 untuk sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang

Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti. Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif. Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif Isnin (13.11.2017) Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa. Selasa (14.11.2017) Download aplik

Produk Untuk Naikkan HB Ibu Hamil

Bagi wanita hamil, ada yang buat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, ada juga yang buat pemeriksaan di klinik swasta. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Saya berklinik di klinik desa. Sebuah klinik kecil yang kekurangan dari segi fasilitinya. Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala tu ada empat rutin biasa yang perlu dibuat oleh ibu hamil. Pertama serahkan sampel air kencing pada jururawat nak check kandungan gula. Kedua ambil darah di hujung jari untuk check HB. Ketiga periksa tekanan darah. Keempat timbang berat. Bab air kencing dengan berat tu saya tak ada masalah. Normal ja semua. Yang tak normalnya bacaan HB. Bermula buka buku kehamilan bacaan HB cantik ja. Lepas usia kandungan 12 minggu bermula lah situasi sekejap HB normal sekejap tak normal. Situasi macam ni akan mendatangkan perasaan bimbang ibu-ibu tambahan ibu hamil anak pertama macam saya. Bahayakah bacaan HB Rendah Semasa Hamil? Kandungan Kurang dari 5 Bulan Pada