Skip to main content

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang



Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti.

Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang. Masa penerbangan dari Sabah ke KL ambil masa 2 jam 30 minit. Tak juga lama tapi jika orang yang tidak biasa mungkin sangat memenatkan.

Jadi, ini antara tips-tips menaiki kapal terbang yang saya amalkan sepanjang awal kehamilan sehingga melahirkan.

1. Dapatkan nasihat doktor.

Penting untuk maklumkan dengan doktor yang kita akan travel. Jadi, dari situ doktor boleh cadangkan samada perlu makan ubat kuatkan rahim atau tidak. Saya refer dan check details keadaan diri saya dengan Dr. Jeya di Hospital Colombia Asia Taiping. Saya makan ubat kuatkan rahim untuk dua minggu pertama.

2. Angkat punggung sedikit bila kapal terbang nak mendarat.

Penerbangan pertama saya ketika hamil pada usia kandungan 9 minggu. Hentakan walaupun kecil akan mengundang keguguran di awal kehamilan. Jadi setiap kali naik kapal terbang, bila kapal terbang nak mendarat, saya akan angkat punggung sedikit sampai hilang gegaran dan hentakan. Untuk lebih puas hati boleh juga alas punggung dengan bantal alas yang leper atau comforter nipis. Jadi hentakan dan gegaran  tu diserap oleh permukaan yang lembut tu. Jadi, tak perlu angkat punggung.

3. Bawa bekal air mineral dan buah

Saya sentiasa pastikan dalam beg sandang ada botol mineral kecil 500ml, pisang, epal, roti dan coklat. Bila dalam kapal terbang saya kurang selesa dengan aroma makanan bila penutup makanan dibuka. Jadi saya memang tidak booking pre-meal di aplikasi online waktu 15 minggu pertama hamil. Saya minum air secara kerap tapi kuantiti sedikit sekali minum. Nanti asyik nak ke tandas ja kalau gogok setengah botol sekali minum.

4. Sentiasa bawa buku rekod kesihatan ibu hamil bersama.

Lepas 10 minggu hamil, semua ibu dah ada buku pink kan. Kalau di Sabah buku putih😉 Dah ada buku tu, bawa sahaja kalau berjalan jauh. Itu umpama passport pengenalan diri ibu hamil. Jangan ambil remeh sebab semua masalah kita ada dicatat di situ. Jadi, memudahkan pramugari untuk rawat kita jika berlaku kecemasan..

5. Maklumkan dengan pramugari anda mengandung

Pramugari akan jaga anda dengan baik dalam kapal terbang. Dah duduk di seat kapal terbang nanti pramugari akan datang ke tempat dan suruh maklumkan dengan diorang kalau sesak nafas ke ape ke. Boleh juga tekan butang panggil pramugari di atas kepala tempat duduk anda. Di awal kehamilan 8 hingga 15 minggu saiz perut belum ketara. Jadi, kadangkala pramugari tidak perasan lansung kita hamil. Di antara usia kandungan 20 minggu hingga 28 minggu sebelum naik kapal terbang kita perlu isi borang pink iaitu borang Airasia Imited Liability Statement yang menyatakan Air Asia tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemungkinan.

6. Pakai pakaian yang longgar dan kasut yang bersesuaian

Kalau saya perjalanan sehala dari Sabah ke KL ambil masa purata 8 jam ke atas. Sebab airport dari tempat kerja saya di Sabah ambil masa 4 jam untuk sampai. Jadi sememangnya saya perlu pilih pakaian dan kasut yang selesa. Contohnya tshirt kain cotton dan seluar maternity yang selesa. Gunakan kasut bertutup yang lembut dibahagian dalamnya. Bawa juga spender extra dan pantiliner untuk persediaan awal. Ibu hamil sinonim dengan kerap ke tandas.

7. Pilih seat di bahagian aisle (pejalan kaki)

Bila mahu booking tiket kapal terbang, sebaiknya rancang dari awal di mana kedudukan yang kita selesa untuk duduk. Seat yang di barisan hadapan ditepi pejalan kaki sangat sesuai untuk hamil. Supaya tak perlu jalan jauh untuk masuk ke dalam kapal terbang dan selesa ke tandas bila perlu. Jika menggunakan Air Asia kita perlu spend sejumlah amaun untuk beli seat mengikut keselesaan kita. Jika menggunakan MAS, kita boleh pilih seat apabila check in melalui online. Tetapi perlu alert untuk check in awal.

8. Bawa Surah Yaasin terjemahan saiz kecil dan amalkan doa harian.

Saya sentiasa bawa yasin terjemahan bersaiz kecil untuk melindungi diri dari bahaya roh roh jahat di sepanjang perjalanan. Jika ada ruang masa menunggu sebelum masuk dalam kapal terbang boleh juga kita baca sepotong dua ayat untuk memohon pada Allah dipermudahkan segala urusan perjalanan. Selain itu boleh amalkan keratan doa Nabi Yunus di dalam perut ikan nun "Laa ilaa ha illa anta subhaa na ka inni kuntu minazzdaa li minnn". Mudah-mudahan perjalanan kita sentiasa dipermudahkan.

Kesimpulannya, selamat atau tidak perjalanan ibu hamil menaiki kapal terbang adalah berdasarkan kesihatan dan kekuatan tubuh badan masing-masing. Namun, kita boleh berusaha dan berikhtiar supaya kandungan selamat tanpa sebarang masalah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif. Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif Isnin (13.11.2017) Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa. Selasa (14.11.2017) Download aplik

Hilangkan Mual Dan Loya Ibu Hamil Dengan Peppermint Gingerplus

Hamil tanpa alahan, loya, mual, muntah mudah letih, lemau memang diimpikan oleh semua bakal-bakal ibu. Nak nak lagi ibu ibu bekerja. Bukan boleh nak manja-manja sentiasa. Bila di tempat kerja perlu beri komitmen dan ketepikan rasa letih. Bakal ibu di rumah pun sama juga cabarannya. Bermain dengan kerja rumah, memasak, melayan anak-anak. Kalau diikut rasa hati memang tak jadi kerja la jawabnya. Pinggan tak bercuci, baju menimbun, anak-anak tak tentu dapat makan. Di awal kehamilan buat diri saya memang  mengujakan. Ya lah tak pernah rasa kan macam mana ya rasanya hamil. Saya jenis orang yang perlu travel. Ke tempat kerja pun ambil masa 1 jam. Memang saya berdoa kalau boleh elakkan muntah-muntah. Letih kan perasaan lepas muntah. Syukur memang tak muntah cuma rasa loya yang sampai pening terus nak baring ja berdiam diri. Dari minggu ke 9 hingga 12 itu lah yang saya rasa. Ada yang suka amalkan asam boi, jeruk dan makanan masam masam nak hilangkan rasa mual. Sebolehnya kita nak elakkan d