Skip to main content

Cara Untuk Tukar Skincare.

Awal-awal tahun ni dah kecoh satu Malaysia ada ramai yang tertipu dengan produk penjagaan kulit. Rata-ratanya wanita. Semua orang nak kelihatan cantik dari luaran dan kalau boleh dalam masa yang singkat.

Kebiasaannya produk yang menjanjikan kesan cerah, gebu, wajah menjadi pinkish, glowing dalam jangka masa pendek ada kandungan raksa, hidrokuinon dan plumbum. Semua bahan-bahan kimia ni bertindak sebagai peluntur

Pada yang terjebak tu tak apa. Kita boleh bermula dari 0 semula kan. Jadi, sebelum nak tukar skincare ada tips-tips dulu tau. Bukannya redah ja guna terus. Muka masih lagi dalam mode panas2, gatal merenyam, berubah warna, berpasir, dan macam-macam lagi kesan.
Jadi jom ikut tips-tips untuk tukar skincare supaya wajah kita sihat seterusnya meningkatkan keyakinan diri kita.

CARA TUKAR SKINCARE
-----------------------------------
Nak tukar skincare pun ada cara dia tau. Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah korang dgn produk baru boleh menjadi racun pulak, Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat.

1. Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari. Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka @ guna hampas tea yang dah guna buat air tu

2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangya, iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru.

3. Bila dah guna skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna). 

4. Jika produk anda biasa shj, tiada merkuri dan wajah korang ok. 1-2 hari sudah ckup untuk neutralkn wajah anda then, boleh terus tukar skincare.


Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang

Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti. Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang...

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif. Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif Isnin (13.11.2017) Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa. Selasa (14.11.2017) Download aplik...

Produk Untuk Naikkan HB Ibu Hamil

Bagi wanita hamil, ada yang buat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, ada juga yang buat pemeriksaan di klinik swasta. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Saya berklinik di klinik desa. Sebuah klinik kecil yang kekurangan dari segi fasilitinya. Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala tu ada empat rutin biasa yang perlu dibuat oleh ibu hamil. Pertama serahkan sampel air kencing pada jururawat nak check kandungan gula. Kedua ambil darah di hujung jari untuk check HB. Ketiga periksa tekanan darah. Keempat timbang berat. Bab air kencing dengan berat tu saya tak ada masalah. Normal ja semua. Yang tak normalnya bacaan HB. Bermula buka buku kehamilan bacaan HB cantik ja. Lepas usia kandungan 12 minggu bermula lah situasi sekejap HB normal sekejap tak normal. Situasi macam ni akan mendatangkan perasaan bimbang ibu-ibu tambahan ibu hamil anak pertama macam saya. Bahayakah bacaan HB Rendah Semasa Hamil? Kandungan Kurang dari 5 Bulan Pada ...