Skip to main content

Tips Minum Air 8 Gelas di Bulan Puasa

Alhamdulillah harini hari kedua kita berpuasa. Malam ke 3 kita bertarawih. Semua ada masalah pukul 11 pagi dah rasa kering tekak tak? Kulit kering terkupas kupas ke? Ok kalau rasa macam tu, maksudnya badan kita tak cukup air. Perit oi tak cukup air. Nak telan air liur pun perit tekak.
Saya nak share cara untuk kita minum 8 gelas air. Saya sendiri pun perlu guna cara ni untuk encourage suami sekali supaya minum air putih 8 gelas. 


Jom kita sama-sama apply sepanjang bulan Ramadhan ni. Selamat menyempunakan ibadah puasa.

Salam sayang
SolehahIsmail
Trusted SID Shakee anda
Untuk sebarang pertanyaan hubungi saya di
013.419.2767
FB: Solehah Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Tips Wanita Hamil Naik Kapal Terbang

Masih segar di ingatan tarikh 27 April 2015 bilamana disahkan hamil 7 minggu. Waktu tu dalam proses untuk pembedahan buang fibroadenoma di payudara kiri di Hospital Colombia Asia Taiping . Naluri wanita ni sangat tepat. Dua minggu sebelum tu rasa macam ada yang berbeza dengan badan sendiri. Mulut pahit, loya tapi tak muntah. Syukur alhamdulillah akhirnya hamil jua setelah 1 tahun 3 bulan menanti. Namun, ada satu perkara yang mengganggu fikiran sebab kami suami isteri tinggal berasingan atas desakan tugas. Saya di Sabah, suami di Kuala Lumpur. Saya perlu terus kuatkan semangat walau apa yang jadi mesti jaga baby baik-baik walaupun seorang diri. Mahu atau tidak, kapal terbang pengangkutan utama yang perlu digunakan setiap kali perlu balik ke Kuala Lumpur. Saya pula jenis mudah homesick dan selalu ulang alik Sabah ke KL dua minggu sekali sepanjang sebelum hamil. Selepas hamil, cuma waktu cuti sekolah sahaja lah saya pulang ke KL iaitu lebih kurang dua bulan sekali naik kapal terbang...

Produk Untuk Naikkan HB Ibu Hamil

Bagi wanita hamil, ada yang buat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, ada juga yang buat pemeriksaan di klinik swasta. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Saya berklinik di klinik desa. Sebuah klinik kecil yang kekurangan dari segi fasilitinya. Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala tu ada empat rutin biasa yang perlu dibuat oleh ibu hamil. Pertama serahkan sampel air kencing pada jururawat nak check kandungan gula. Kedua ambil darah di hujung jari untuk check HB. Ketiga periksa tekanan darah. Keempat timbang berat. Bab air kencing dengan berat tu saya tak ada masalah. Normal ja semua. Yang tak normalnya bacaan HB. Bermula buka buku kehamilan bacaan HB cantik ja. Lepas usia kandungan 12 minggu bermula lah situasi sekejap HB normal sekejap tak normal. Situasi macam ni akan mendatangkan perasaan bimbang ibu-ibu tambahan ibu hamil anak pertama macam saya. Bahayakah bacaan HB Rendah Semasa Hamil? Kandungan Kurang dari 5 Bulan Pada ...

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqif

Alahai ter bersawang pulak blog ni. Ok cuci sawang-sawang yang ada. Bulan November memang bulan tersibuk untuk guru-guru seluruh Malaysia. Di celahan sibuk-sibuk tu dah ada susunan apa yang nak buat satu per satu. Perancangan untuk hari lahir Aqif rangka dalam masa seminggu. Terpengaruh tengok channel 733 kisah Outdaughters. Parents rancang adakan majlis hari lahir anak diorang. Simple tapi memorable. Itu lah yang cuba di buat untuk hari lahir Aqif. Mudah-mudahan setiap tahun mama dapat sambut dan susun satu majlis simple untuk Aqif dan adik-adik Aqif. Kronologi Sambutan Hari Lahir Aqif Isnin (13.11.2017) Tulis semua perancangan, hiasan dinding, makanan, berapa ramai tetamu nak jemput, design kad jemputan, barang-barang nak beli untuk sambutan, goodie bag untuk kawan-kawan Aqif dan tempahan kek. Walaupun Pitas dan Kota Marudu ni antara kawasan terpencil di Malaysia ni syukurlah semua benda ada di sini. Tak perlu pening nak beli apa-apa. Selasa (14.11.2017) Download aplik...